Thursday, September 25, 2008

Sambut Raye

Cara Menyambut AidilFitri

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Tuesday, September 16, 2008

ape yg kite patut buat d bulan ramadan

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan

  • Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  • Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  • Solat jemaah di masjid/surau
  • Melazimkan solat pada awal waktu
  • Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih, lakukan solat sunat
  • Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  • Sahur diwaktu akhir
  • Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  • Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
  • Kurangkan tidur
  • Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  • Jaga pacaindera
  • Elakkan gosok gigi pd waktu petang
  • Hadiri majlis ilmu / tazkirah
  • Buat baik pada ibubapa
  • Banyakkan bersedekah
  • Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  • Jemput tetamu berbuka (seperti menjemput aku..hehe..)
  • Kurangkan berat badan - diet (macam aku ni..huhu..)
  • Baiki hubungan suami isteri & keluarga (seperti mohd asrar n adiknya..haha..)
  • Baiki hubungan jiran
  • Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
  • Elakkan belanja berlebihan
  • Kuatkan kesabaran
  • Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
  • Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari

ramadan


akhirnye ade gak post yg bole d bace..hehe..sempena bln pose ni..jom kite tgh info tentang ramadan..

Sejarah Ramadan
  • Ramadan: ertinya panas terik

  • Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

  • Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan

  • Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala

  • Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.

  • Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.

  • Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)

Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari seksa kubur)

  • Bulan penuh keberkatan

  • Di dalamnya terdapat satu malam Lailatul Qadar

  • Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu

  • Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya

  • Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

  • Bulan menambah rezeki

  • Menambahkan pahala dalam buku catatan amal

  • Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.

  • 10 hari pertama adalah rahmat

  • 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah

  • 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.