Tuesday, September 16, 2008

ramadan


akhirnye ade gak post yg bole d bace..hehe..sempena bln pose ni..jom kite tgh info tentang ramadan..

Sejarah Ramadan
  • Ramadan: ertinya panas terik

  • Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

  • Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan

  • Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala

  • Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.

  • Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.

  • Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)

Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari seksa kubur)

  • Bulan penuh keberkatan

  • Di dalamnya terdapat satu malam Lailatul Qadar

  • Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu

  • Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya

  • Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

  • Bulan menambah rezeki

  • Menambahkan pahala dalam buku catatan amal

  • Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.

  • 10 hari pertama adalah rahmat

  • 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah

  • 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.