Monday, June 16, 2008

kehebatan cerita tamil


kehebatan cerita tamil

1. Heronya langsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu oleh musuhnya,tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus aja..’Adehh,adehhh’!

2. Hero tidak boleh jatuh cinta pada heroin(begitulah sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan.

3. Selepas disapu ke muka,mekap heroin takkan luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.

4. Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang.Tapi eh… tiba- tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka,terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama.Misteri betul..dari mana datangnya 100 orang itu?

5. Di akhir filem,sang hero mendapati penyangak yang dimusuhinya selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang memanjakannya adalah emaknya,ketua inspektor polis(Inspektor sahab) adalah bapanya, pendakwa raya itu sepupunya,hakim adalah bapa saudaranya..begitulah seterusnya,seterusnya dan seterusnya.

6. Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan Inggeris ini,iaitu No Problem,My God!,Get Out!!! Shut up! Impossible! Please Forgive Me! Dan perkataan-perkataan itu mesti disebut dengan kuat.

7. Sepasang kekasih boleh bergolek-golek-golek-golek-golek di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain pula!

8. Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa,berkejar-kejaran di atas bukit sambil menyanyi,bertentang mata,menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunjukkan rasa penat

6 comments:

khalida salleh =) said...

syuk2 terbaek a pasal tamil ni ngenegen

SuP_KaRi said...

elelelele, da2 ni..
suke sgt die..
peminat no 1 cite tamil ek?
hahahahaha..

Akmar Amon said...

syuk..topic yang sgt menarik..bagus2!

SuP_KaRi said...

terima kasih kerana memberi pujian yg begitu ikhlas..huhu..

Farid Abu Talib said...

sivaji the boss antara cerita tamil terbaik.. walaupun cerita tamil ni banyak sangat khurafatnya tp lebih baek dari cerita cinta kolesterol.. yang aku sangat kagum sbb misai heronyer mesti tebal.. setebal permaidani kulit kibas dari ethopia

Anonymous said...

syuk, ko buat research psl cite tamil utk thesis ko ke? lol. :-D